Selatan dan Tenggara Asia Cheng_Ho

Cakra Donya, sebuah loceng yang dihadiahkan Zheng He kepada Pasai. Loceng kini tergantung di depan Muzium Aceh di Banda Aceh

Dalam bukunya "Tinjauan Am Pesisiran Laut" (Cina: 瀛涯勝覽, Yíngyá shènglǎn) yang ditulis pada tahun 1416, Ma Huan, seorang daripada penulis dan penterjemah Zheng He, mempericikan pemerhatiangnya tentang adat dan kehidupan penduduk pelabuhan-pelabuhan yang mereka lawati.[3]

Batu bertulis "Pahatan Tribahasa Galle", yang didirikan oleh Zheng He lebih kurang pada tahun 1410 di Sri Lanka merakamkan perincian tentang pemberian emas, perak dan kain sutera yang disampaikan Zheng He bagi pihak maharaja di sebuah kuil gunung.[4][5] Juga, sebuah tiang di kuil dewi Tao Tian Fei di wilayah Fujian merakamkan perincian pelyarannya.[6] Ia tertulis:

Kami telah merentasi lebih 100,000 li (50,000 kilometer) perairan besar dan melihat ombak laut sebesar gunung di langit, dan kami melihat tanah kaum gusar yang tersorok jauh dalam keheningan biru wap cahaya, sementara layar kami yang berkibar bagai awan siang dan malam, meneruskan perlajanan selaju bintang merentangi ombak garang seolah kami menyeberangi jalan raya awam..."—Didirikan oleh Zheng He, Changle, Fujian, 1432. [7]

Di Melaka

Kuil San Bao di Melaka

Orang Cina sudah berada di Melaka semasa ketibaan Zheng He di sana. Ma Huan merujk kepada mereka sebagai tángrén (Cina: 唐人). China zaman Ming mendapati Melaka sangat berguna sebagai tempat persinggahan bagi pembekalan kapal, dan negeri Melaka menerima banyak hadiah daripada armada Zheng He. Sultan Melaka serta permaisurinya melawat China dengan diikuti 540 orang Melaka dan hadiah-hadiah. Sultan Mansur Shah (bertakhta kerajaan tahun 1459–1477 M) kemudiannya mengirim Tun Perpatih Putih sebagai dutanya ke China dengan membawa surat Sultan kepada Maharaja Ming China. Surat ini meminang anak perempuan Maharaja dan pada tahun 1459, seorang puteri, (Hang Li Po atau Hang Liu), dihantar ke Melaka oleh Maharaja Ming sebagai isteri Sultan Melaka. Puteri tiba dengan 500 orang anak lelaki menteri dan beberapa ratus pengasuh dan pembantu. Mereka kemudiannya tinggal di Bukit Cina, Melaka. Dipercayai ramai daripada mereka berkahwin dengan orang tempatan.[8] Waris mereka dikenali sebagai Peranakan dan masih mengguna pangkat Baba (lelaki) dan Nyonya (wanita).

Hari ini di Malaysia, ramai orang mempercayai bahawa Laksamana Zheng He (yang meninggal dunia pada ahun 1433) yang menghantar puteri Hang Li Po ke Melaka pada tahun 1459. walau bagaimanapun, tidak ada catatan berkaitan Hang Li Po (atau Hang Liu) dalam pensejaraha Ming. Beliau disebut hanya dalam Sejarah Melayu.

Islam

Masjid Zheng Hoo (Zheng He), yang dinamakan sempena nakhoda ternama itu, di bandar Surabaya, Indonesia.

Kisah-kisah sezaman Zheng He membayangkan bahawa beliau mungkin Muslim; in termasukla penulisan Ma Huan yang memang seorang Muslim.

Ulama Indonesia, Hamka (1908–1981) menulis dalam tahun 1961: "Pembangunan Islam di Indonesia dan Tanah Melayu berkait rapat dengan Muslim berbangsa Cina, Laksamana Admiral Zheng He."[9] Di Melaka beliau membina jelapang, gedung dan sebuah kubu. Sarjana Indonesia Slamet Muljana pula menulis: "Zheng He membangunkan masyarakat Cina Islam mula-mula di Palembang, kemudian di San Fa (Kalimantan Barat), dan seterusnya beliau mengasaskan masyarakat yang serupa sepanjang pesisiran pantai pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu dan di Filipina.

Li Tong Cai, dalam bukunya Indonesia – Legends and Facts ('Indonesia – Legenda dan Fakta'), menulis: "Dalam Tahun 1430, Zheng He telahpun berjaya meletakkan asas Islam yang merupakan agama Cina Hui. Selepas kematiannya pada tahun 1434, Haji Yan Ying Yu menjadi aya penggerak masyarakat Cina Muslim, dan beliau mentauliahkan beberapa orang Cina tempatan seperti Sun Long, pedagang dari Semarang, Peng Rui He dan Haji Peng De Qin sebagai ketua. Sun Long dan Peng Rui He secara aktifnya mengalakkan orang Cina menjadi "Jawa". Mereka menggalakkan asimilasi orang muda masyarakat Cina dengan penduduk tempatan, megguna nama Jawa, dan mengamal cara hidup orang Jawa. Anak angkat Sun Long, Chen Wen, juga dikenali sebagai Radin Pada (Raden Patah), merupakan anak lelaki Raja Majapahit bersama isteri Cinanya."[10]

Mazhab Hanafi yang diikuti pelayar Armada hilang perhubungan dengan kumpulan induknya di China, dan sedikit demi sedikit diserap mazhab Shafii. Jauh sebelum 600 tahun berlalu, kehadiran Cina Muslim merosot sehingga hampir tiada langsung.[11]